Monday, March 30, 2009

Singapura....

Bob suka membandingkan malaysia dan singapura. banyak persamaan diantara kita dan mereka. Dari segi kepelbagaian penduduk dan budaya mahupun sistem pemerintahan ala westminster.

Apa yang mengkagumkan bob adalah bagaimana singapura dibangunkan sehingga mencapai taraf negara moden dengan pendapatan perkapita penduduknya yang tinggi. Sistem perumahannya sempurna, sistem pendidikannya yang diiktiraf antara yang terbaik di rantau asia, sistem pengangkutannya yang cekap dan sistem penjagaan kesihatan yang komprehensif.

Semua ini mereka capai walaupun sistem pemerintahan mereka sangat autokratik. Pemerintahan mereka tidak pernah berkompromi dengan pembangkang. Pembangkang di sana ditekan dan ditindas. Banyak pemimpin pembangkang di sana telah diisytiharkan bankrap kerana tidak mampu membayar saman.

Apa saja tuduhan yang dilemparkan pada pemerintah singapura, sekiranya tiada bukti, pasti saman akan sampai.

Teringat bob pada JB Jeyaratnam yang mati dalam keadaan muflis kerana tak mampu membayar saman kepada Lee Kuan Yew.

Bukan sahaja pembangkang malah akhbar2 atau majalah2 antarabangsa seperti Far Eastern Economic Review dan Asian Wall Street Journal juga pernah disaman kerana mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah.

Berbanding di negara kita pembangkang bebas untuk melontarkan kenyataan walaupun kita tidak tahu kenyataan itu benar atau tidak. Jarang benar mereka di saman walaupun mereka melemparkan tuduhan yang tidak punya bukti. Mungkin kita lebih berlembut dan terbuka. Tetapi tidak bagi Singapura. jangan sesekali menuduh sembarangan sekiranya tiada bukti atau fakta yang diketengahkan.

namun begitu walaupun autokratik, pemerintah singapura tidak pernah dikecam oleh barat.Singapura juga punya ISA. Ada tahanan ISA yang ditahan sehingga 17 tahun seperti Said Zahari (bekas wartawan utusan di singapura) namun pihak barat susah untuk mengecam singapura.

Pemimpin pembangkang di tindas, kempen politik diharamkan di internet, tiada media pembangkang namun kenapa mereka tidak dijadikan sasaran kritikan.

malah barat telah menjadikan singapura sebagai pangkalan bagi menjaga kepentingan mereka di asia tenggara. hampir seluruh bank terkemuka dunia ada di singapura.Singapura terus kekal sebagai pusat kewangan dunia.

Kenapa singapura menjadi pilihan mereka sedangkan singapura lebih autokratik dan kurang demokratik.Singapura merupakan sekutu kuat Amerika di asia tenggara. Malah singapura dengan rancaknya sedang menambak laut di kawasan Changi bagi membina pengkalan kapal selam US (hasil pasir dari johor)

Sebaliknya malaysia kerap diserang oleh media barat atas pelbagai alasan walaupun kita lebih demokratik berbanding singapura. harakah dan suara keadilan masih dibenarkan dicetak dan diedarkan (walaupun ada kekangan) serta beribu2 blog yang anti kerajaan dan pro pembangkang wujud di alam siber.

Kenapa ini terjadi sedangkan barat menyatakan bahawa mereka adalah pejuang demokrasi dan hak asasi manusia.

Apa yang pasti, tanpa pembangkang yang kuat singapura tetap mampu menjadi negara yang kaya,cekap,moden, maju dan kurang rasuah (bukan takder).

So benarkah pembangkang adalah elemen yang penting bagi menjadikan sesebuah negara itu berjaya??

Boleh diterimakah hipotesis ini???

cuba fikirkan.....

No comments:

Post a Comment