Monday, March 30, 2009

Betapa Zalimnya.....

Bob baru saja terima surat dari Bahagian Hal Ehwal Akademik. Keputusan peperiksaan Bob semester lepas kini berubah.

Pada hari ini confirmlah subjek Consti bob telah digagalkan. Senat memutuskan bob diberi taraf E kerana telah melakukan kesalahan tatatertib.

Adilkah keputusan yang dijatuhkan itu dibuat tanpa memberi peluang untuk bob membela diri??

Selain digagalkan, bob juga telah diberi surat amaran dan di denda RM 200.
Bob punya alasan kukuh untuk membela diri.

Kesalahan bob adalah bob didapati bersalah kerana membawa handphone masuk ke dalam dewan peperiksaan. Bob kantoi pasal telefon bob berdering 5 minit sebelum masa periksa tamat.

Bob digagalkan bukan kerana bob meniru. Bob boleh terima keputusan kalau Bob gunakan handphone Bob tu untuk simpan nota. Bob rela digagalkan kalau itu alasannya.

Latar belakang Bob yang dah berumahtangga memerlukan handphone sentiasa berada di sisi bob. Bob kena alert kerana anak dan isteri bob jauh di JB. Walaupun bob student, tapi dalam masa yang sama bob juga seorang ayah kepada 2 orang anak dan seorang suami. Bob ada 3 tanggungjawab besar yang perlu dipikul.

Antara kompromi yang dipersetujui bob dan isteri sebelum beliau mengizinkan bob melanjutkan pelajaran adalah bob perlu sentiasa berada di sisi telefon.Manalah tahukan kalau ada apa2 kecemasan yang berlaku. Tambahan pulak anak sulung bob tu selalu kena serang asma. So handphone cukup penting bagi bob.

Jika ditakdirkan semasa menjawab kertas periksa bob dapat panggilan kecemasan dari keluarga bob, maka bob tidak akan teragak2 untuk meninggalkan dewan peperiksaan dan pulang terus ke JB.

Panggilan telefon yang bob terima tempohari tu pun adalah panggilan kecemasan. Isteri bob call dan beritahu yang pakcik bob di singapore meninggal dunia.

Habis periksa bob terus balik JB dan bawak famili ke singapore.
Semasa rayuan, bob kepilkan bersama sijil kematian dan salinan pasport bob. Bob bukan mencari alasan dalam mengabsahkan tindakan bob. Tapi Lembaga Disiplin seharusnya mempertimbangkan alasan bob tu..

Apa pun bob dah anticipate keputusan zalim Lembaga Disiplin tu. Bob dah bersedia untuk ambik subjek consti semester depan. takpe lah. lagi pun bob memang suka subjek consti. Dapat belajar dengan Dr Norlia lagi (hehehehehe)

Apa pun ada sedikit berita gembira. Keputusan subjek Hubungan Etnik bob telah berjaya di 'revise' . Dari C- bob dapat A.

Alhamdulillah sekurang2nya pointer bob masih lagi dalam lingkungan 3.00.

Moral of the story??? Perjalanan hidup kita ni tak selalu smooth sebagaimana yang kita selalu harapkan. Namun kesusahan dan kepayahan tidak seharusnya mematahkan semangat kita untuk berjuang.

Bak kata pepatah "bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian". So always think positively.

1 comment: