Monday, March 30, 2009

Rasa Hampa

Hari ini bob telah menemankan Hasan ke kedai aksesori kereta. Kereta saga blm nya yang baru sebulan lebih di beli dah mula problem.

Pertama kali naik keretanya yang baru bob dapat menghidu bau 'kedai'. Kelihatan beberapa salutan plastik di dalam keretanya masih belum ditanggalkan. Dengan kereta sebaru itu, bob sangat faham apa perasaan Hasan bila sudah mula timbul masalah.

Niat awal Hasan untuk memasang 'immobiliser" demi menjamin keselamatan keretanya kini bertukar kepada masalah baru. Mungkin proses pemasangan immobiliser itu telah mengganggu sistem komputer keretanya.

Tapi itu satu kemungkinan. Bob telah memasang alat yang sama namun Alhamdulillah sehingga ke hari ini (dah 4 tahun) tiada sebarang masalah yang timbul.

Mungkin juga sistem komputer kereta Hasan itu memang telah sedia 'cacat" semenjak di kilangnya lagi. Bob yakin dalam 1000 kereta yang dikeluarkan pasti sahaja ada mengalami 'defect'. Dan Hasan MUNGKIN malang kerana keretanya ada kecacatan itu.

Apa yang Bob nak kongsikan di sini, memiliki kereta bukan semudah yang kita sangkakan.
Selain bayaran 'instalment' dan minyak kereta, kita juga kena anticipate akan segala kerosakan, 'wear and tear' tak pun saman dari pihak polis atau pengawal keselamatan UKM.

Namun yang pasti kita akan menghargai sesuatu yang kita sayangi. Bob faham betapa sayangnya Hasan pada keretanya itu.

Kalau boleh diwaktu malam Hasan ingin memasang 'kelambu' untuk keretanya itu.Takut jadi sarang nyamuk, maklumlah kereta Hasan warnanya hitam (hehehehehehe gurau jer Hasan)

Apa pun Bob harap Hasan akan terus bersabar dalam menghadapi masalah keretanya.

No comments:

Post a Comment