Thursday, April 30, 2009

berkemas.........

nak balik memang best. tapi nak berkemas alahaiiiiii
macam rasa nak panggil orang rumah datang sini tolong.Buku ada 2 kotak. bob plan mana2 buku yang bob fotostat, bob nak jual ngan junior.


tapi yang copy hard cover bob nak simpanlah. buku consti sem depan bob kena pakai balik.
maklumlah kena ambik balik paper kantoi tu..

baju kotor bob dah hantar dobi. esok ambik dah siap berlipat dan dalam plastik.terus masuk dalam bonet kete jer..

pinggan mangkuk belum kemas lagi..
baju dalam almari tak lipat lagi..
printer,iron jug letrik....hmmmm banyak benda lagi yang tak settle.

hmmmm kalau lah ada sesaper yang nak volunteer tolong bob berkemas kan bagus...

'bergumbira'..........

hari ni bob, azwan , Jr dan Ooi wei long pergi berkelah....
picnic kata omputih..

kitorang pegi Sungai Congkak kat Hulu Langat.

best woo berendam dalam sungai yang airnya mengalir jernih dan sejuk..

nak lepaskan tension...

kalau bob ada hp canggih tentu banyak gambar2 kontoversi bob boleh upload kat sini..

balik dr mandi sungai kitorang pergi mandi air panas pulak. kat hulu langat jugak...

sesekali ber'gumbira' best jugak,,,

tak sabar rasanya nak balik sabtu ni..

Sunday, April 26, 2009

Babi oh Babi!!!!!!!

Oklah. bob tak nak cakap pasal exam. tapi topik ni bob tulis benda yang ada kaitan ngan babi.

dalam Islam memang telah diharamkan babi.Najis Mughallazah. Tapi manusia masih terus berdegil, tetap ingin memakannya.

Takperlah, kita tak boleh lakukan pemaksaan ke atas orang lain.

Namun kali ini babi betul2 memberikan akibat yang buruk pada manusia.
Dilaporkan Mexico kini telah diserang selsema BABI....

hahahaaha kelakarkan, selalu kita dengar selsema burung. la ni selsema babi pulak yang melanda.

bob tak dapat bayangkan bagaimana babi selsema. mesti muncungnya itu kembang kuncup tahan bersin.

Apa pun Kerajaan malaysia sedang bersiap sedia untuk menangani wabak ni. pintu keluar masuk negara sudah dikawal ketat.

mudah2an malaysia terselamatlah dari wabak selsema BABI ni...

berlalu sudah...

akhirnya paper MLS dah berlalu....
selesai satu lagi masalah..

bob tengok tadi masing2 ceria. maklumlah soalan 4 tu memang dah korang spot, ditambah pula dibekalikan dengan Child Act 2001. semakin tersenyum lebarlah korang.

tadi kat dalam dewan bob perasan ada yang tangan kanan menulis tangan kiri angkat minta tambah kertas jawapan. idea mencurah2.

sok Titas pulak....

kena hati2 ok. walaupun soalan objektif, tapi setiap jawapan yang salah akan ditolak markah..

Tapi subjek the day after tomorrow tu pening woooo...
dah lah waktu pagi...

ahhh redah jerlah...

Saturday, April 25, 2009

Apa tips?????

Sampai hari ni bob tak tahu nak baca bab apa MLS.
kalau court, dia akan bagi AMR dan AMK.

ada sesiapa boleh suggest nak concentrate bab apa??

Friday, April 24, 2009

Benarkah?????????

Bob baru saja terbaca satu artikel.

artikel tu kata lelaki tak pandai mengungkapkan penghargaan ngan kata2...wpun tau itu yg pompuan suka.

Benarkah pompuan suka dihargai dengan kata2 ????

bukan apa bob jarang puji masakan isteri bob. namun bila masakannya sedap bob akan tambah banyak kali.

sampai dia tanya sedap tak dia masak.
baru bob jawab sedap.

pastu dia kata susah nak puji...

pada bob pulak, bila bob makan bertambah itu sebenarnya penghargaan pada masakan isteri bob.

bob rasa bila puji ni rasa macam skrip drama arahan yusof haslam plak...
tak real..

pada bob kadang2 perbuatan tu boleh memberikan seribu makna berbanding kata..

mungkin bob terikut dengan style arwah ayah bob agaknya. dia meninggal masa umur bob 11 tahun.
dia tak pernah kata dia sayang kat bob.

tapi bob tahu dia sayang sangat kat bob.pasal kadang2 bila bob tidur, bob selalu terasa dia cium dahi bob.

tanpa dia luahkan perkataan sekalipun bob tahu kasih sayang dia kat bob membawa ke mati..

hmmmmm i really miss my father sooooooooooooooooooooo much...
tiba2 terasa sebak didada...

Korang mungkin dapat A kot???

Terasa cukup lapang dada seusai sahaja paper subjek contrak. Apa yang bob perhatikan ramai yang cukup ceria bila keluar panggung seni. rasanya masing2 mampu menjawap soalan kot.

malah bukan sahaja boleh jawab malah, masing2 mula berkira2 samada boleh tak peroleh A untuk subjek kontrak ni.

bagi bob, A bukan perkiraan atau perhitungan bob. Dapat lulus pun ok. Kalau dapat B tu kira bonus. Kalau dapat A itu kira keajaiban...

la ni nak konsentrat MLS plak...
tapi tak tahu nak spot topik apa. ada yang cakap mahkamah juvana.

isnin,selasa dan rabu.
3 hari berturut2...

insya allah semua kita akan hadapi sama2. tahu2 saja kita dah hari pertama cuti semester..

Monday, April 20, 2009

Tips ILS

Focus on quran, sunnah,ijmak dan qiyas,fatwa,mahkamah syariah..
theorical questions.

Satu demi satu

Habis sudah exam arab. sifir yang dihafal tak kuar langsung.
tapi masih boleh jawab lagilah.

part yang last tu blurrr abis.malas nak tunggu ilham datang bob kuar jer dr dewan.

sekarang ni nak ngadap ILS pulak.
bab sumber yang tidak disepakati tu agak susah.
tapi nak tak nak kena telan gak...

Tapi yang lebih merisaukan bob adalah contract hari jumaat ni.banyak benda kena ingat dan hafal.

hmmm mudah2an keberkatan jumaat mampu menenangkan jiwa bob...

Wednesday, April 15, 2009

Tips for exams.(added)

bob ada sedikit tips untuk exam kita nanati.

dari sumber yang sangat boleh dipercayai.

for consti - right to property
for contract - doktrin kekecewaan. terma inominate, remedi, actual and imputed knowledge dan kes2 seperti haxley v baxendale dan victoria laundry.

so sesapa kalau ada tips lain janganlah makan sorang.
sharelah ramai2.

Hilangnya student pompuan....

jumlah pelajar perempuan dalam kelas kita memang ramai. pelajar pompuan memonopoli jumlah pelajar di fakulti undang2 sebenarnya.

Namun bila tibanya study week, fakulti undang2 benar2 hilang serinya.
Kalau masa minggu kuliah biasa PUU sentiasa dipenuhi oleh pelajar pompuan yang belajar (termasuk bergosip) kini suasana bagaikan negeri dilanda garuda.

sunyi sepi....

kemana hilangnya pelajar pompuan??? adakah korang belajar di bilik memasing?
sekarang ni bob jarang nampak ayong, jaja, ara, ofee, jijah, ain, farah, debot dan lain2.

rasanya belajar dibilik mungkin lebih selesa bagi korang kot...
mmm kalau bob pulak, kat bilik tak boleh buat kerja.

tilam dan bantal sentiasa menggamit perasaan.

kat PUU pelajar pompuan yang rajin datang ialah myra( buah hati hasan).
mereka berdua saling bantu membantu menghafal dan menerangkan subjek antara satu sama lain.

nnntahlah... study week kali ni bob rasa malas sikit. kenapalah jadi camni ek??????
tapi yang seronoknya kalau bob pergi PUU boleh dengar myra dan hasan berbincang.

at least dapat refresh semula apa yang dah bob belajar.

mmm mulai esok (khamis 16.4.2007) bob akan duduk kat PUU dari pagi sampai petang.
jeles juga tengok myra dan hasan menghafal banyak kes.

Tiagu pulak siap belajar benda advance lagi. sampai Akta Pencen pun dia hafal. terrer gilerrr.
confirm sem ni dia dapat 3.98.

apa pun bob dah set dalam kepala, dont put too much pressure on yourself.

But I really miss the crowd of our coursemate.

Tuesday, April 14, 2009

Blog kurang sporting lah...

bob ada baca blog beberapa budak pompuan. tapi yang tak bestnya bila bob komen, pemunya blog tu simpan dulu komen tu. kalau dia approve baru dia siarkan komen kita.

hmmm boleh tak takyah simpan komen tu.
bila orang komen terus jer publish.

kan ke lebih 'sporting' kalau camtu.

Monday, April 13, 2009

Agama baru yang wajib diterima..

dewasa ini kita didendangkan betapa pentingnya kebebasan bersuara sebagai satu elemen dalam menjamin hak asasi manusia.Ianya sudah menjadi seumpama agama baru yang wajib diterima oleh setiap masyarakat. Menentangnya agama baru ini adalah seperti orang murtad yang harus dihukum bunuh...

sebarang usaha menghadkan kebebasan bersuara akan ditentang oleh penganut-penganut agama baru ini.

namun mari kita renungkan sejenak apa yang berlaku disekeliling kita.

Atas nama kebebasan bersuaralah maka persidangan ASEAN dibatalkan di thailand.
Lihatlah betapa besar kerosakan yang ditimpakan ke atas Thailand oleh menganut2 agama hak asasi manusia ini.

Rakyat mereka dibenarkan berhimpun dan berdemonstrasi. Ini adalah 'hak asasi manusia' laung mereka.

baiklah...... tapi apa kesudahannya?????

kerosakan harta benda, maruah negara mereka terjejas, dan yang paling penting kerugian ekonomi. Para pelancong mula menjauhi thailand.

Kita kena ingat pelancongan adalah antara faktor penyumbang utama ekonomi thailand.

Namun bagi penganut2 agama baru ini, 'tak pelah ekonomi thailand terjejas, asalkan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia rakyatnya terus dipertahankan. itu lebih penting daripada kemakmuran ekonomi!! Pedulikanlah tentang maruah negara, yang penting satu dunia tahu bahawa kebebasan bersuara wujud di thailand"

Dan agama baru ini sudah mula menjangkiti negara kita...

teringat kata-kata Lee Kuan Yew, Bapa Pembangunan Singapura

"I prefer to be feared rather being respected"

Kerana agama baru inilah Perang ke atas Iraq dan Afghanistan menjadi halal di mata US.

Bagi US, Iraq dan Afghan dibawah cengkaman diktator yang menghalang kebebasan bersuara dan menindas hak asasi manusia.

Justeru halal darah mereka ini ditumpahkan bagi memastikan rakyat mereka diberikan sistem demokrasi, kebebasan bersuara dan bagi menjamin hak asasi mereka..

Sunday, April 12, 2009

Being responsible

In friendship what we need most is trust. It is a very tough job to gain trust from others. But once when people start to put their trust in us, please appreciate it.

I am 35 y/o. I have gone through the path that all of you are currently passing by. So i ve already experienced something . I dont like to cheat. And i also dont like to be cheated.

And i can tell u that i can easily detect when people tell lies to me. You can lie to me but your body language, your surrounding, your friends cant.

You can cheat people sometime but you cant cheat people all the time.
You can lie to me, but please be a good 'liar". make sure i wont detect your lies.

again experiences help me alot.

For me trust comes with responsibility. As an adult, we must always try our best to be responsible to ourselves and to other people. We can't run away from accepting responsibilities.

being responsible is a sign of our maturity.

and i want to tell you that you are really in a great loss when i lost my trust in you.

Wednesday, April 8, 2009

Go girls, find your soulmate...

Bob nak cerita tentang masalah andalusia (anak dara lanjut usia)

Kat jabatan bob ada beberapa orang pegawai pompuan yang umur dah lanjut pun tak kawen@ lagi.

Gaji besar, kerjaya stabil, ada pangkat.

tapi masalahnya diorang ni takder lelaki nak dekat. lelaki takut?rendah diri? nak approach diorang ni.

ini adalah masalah yang selalu dihadapi oleh orang pompuan yang berpendidikan tinggi dan berpangkat. lelaki takut mendekati mereka. mungkin tidak setaraf bagi mereka.

oleh yang demikian bob menggesa student pompuan kat kelas kita carilah partner. bina hubungan diperingkat universiti.

kalau takder calon bf yang berkenan di FUU carilah kat fakulti lain. at least korang dapat berkawan ngan orang yang setaraf. Pemegang ijazah.

bila kerja nanti kedua2 nanti berstatus pegawai.

Bagi lelaki takder masalah kalau dia nak kawen ngan pekerja kilang kalau dia seorang peguam.

tapi kalau lawyer pompuan pulak, kan agak janggal kalau dia nak kawen ngan mat kilang.
bukan menghina atau merendahkan martabat lelaki yang kerja kilang, tapi lelaki ni egonya tinggi.

susah dia nak terima kalau isterinya lebih dari diri dia walaupun isterinya tak kisah pun.

oleh yang demikian untuk mengelakkan student pompuan jadi andalusia bila dah bekerja kelak, carilah soul mate korang kat sini.

pilihlah yang elok2 dan yang serasi. mudah2an dipermudahkan jodoh korang.

Kegembiraan berganda...

hari ini tuntaslah segala masalah bob.
masalah bob ngan acap telah pun dapat diselesaikan.
Acap menerima permohonan maaf bob. So hubungan persahabatan masih terus terjalin.

tengahari tadi bob dapat jumpa wife bob kat kajang. walaupun sekejap tak ok lah kan. Hilang jugak rasa rindu. Petang ni rasanya tak sempat nak jumpa dia lagi. Takperlah minggu ni bob balik JB....

Petangnya pulak pbl consti. Dr Norlia sangat berpuashati dengan persembahan kumpulan bob. katanya barisan peguam (eli dan Jaswin) sangat tenang, menguasai keadaan, meneliti isu yang berbangkit secara eagle eye.

Klien pulak (bob dan akma) natural, dengan jalan cerita yang menerik. Selain memperkatakan tentang isu Nemo Judex in Causa sua, jalan cerita klien juga menyentuh persoalan locus standi, elemen kontrak,elemen undang2 syarikat dan juga penjawat awam.

panel peguam mampu mengulas kesemua isu tersebut dengan baik.

hasilnya kumpulan bob mendapat 9/10.

alhamdulillah, hari ni bob rasa sangat lega dan gembira.

Tuesday, April 7, 2009

My apology to Acap....

Bob tak sangka persoalan yang bob ulas dari blog acap menimbulkan reaksi balas yang begitu keras dari acap.

Nampaknya ada persoalan yang bob timbulkan telah mengganggu perasaan acap.
Oleh yang demikian bob telah mendelete semua posting bob.

Bob tidak bermaksud untuk menimbulkan sebarang tanggapan buruk. jauh sekali untuk menjatuhkan maruah sesiapa.

cuma bob terpanggil untuk mengulas kerana topik ini sangat relevan dengan perjalanan
hidup seorang remaja.

Oleh yang demikian bob ingin memohon maaf kepada acap sekiranya posting bob telah menyebabkan kemarahan acap. Bob betul2 mintak maaf.

I hope this unfortunate incident wont affect our friendship.

To acap , forgive me buddy . Please accept my apology.

Monday, April 6, 2009

Pompuan tak suka politik??

kalau ikut kajian bob kat budak2 kelas kita, bob rasa hanya pelajar lelaki yang berminat soal2 politik ni.

Pelajar pompuan kureng sangat....

Kenapa ekk??

Majlis yasin dan BBQ

Hari rabu malam akan diadakan bacaan yasin dan majlis bbq. Bob tak tahu nak datang tak. Tadi Hassan dah mintak RM 5. tapi bob kata nanti dulu.

Pasal bob plan nak balik JB. Dah lama dah tak balik.Rindu ngan anak2.

Balik-tidak-balik-tidak-balik-tidak-balik-tidak.

hmmm belum ada keputusan muktamad lagi.

Saturday, April 4, 2009

Blog budak pompuan....

Bila bob baca blog2 budak pompuan fuu, bob perasan yang mereka berbeza di dalam kelas dan dalam lingkungan mereka.

ada yang nampak innocent jer kat kelas tapi bila tengok blog diorang, lain pulak ceritanya.
hehehehehe i can see the real color of you when reading your blogs.

it's good to live in a colorful lives.

Being vegetarian.

Today i had my lunch in a chinese restaurant. Vegetarian restaurant to be exact. The restaurant belongs to a buddhist.

JR suggested to me to join him. At first i was reluctant to go due to the 'halal/haram' thingy.
Then i said why not give it a try.

Luckily the restaurant has 'halal' certificate. But i think at that time i was the only malay inside the restaurant.

I ate tofu, fake prawn and fake mutton curry. But to my suprise, they were very delicious.
Maybe next time i will come again.

And i would like to recommend to Sharlini about that restaurant. Because she is a vegetarian.
There are so many dishes offered, But all 'fake' one lah.. Fake fish,fake prawn,fake mutton, fake burger and so many others.

Guys, dont you want to try???

Friday, April 3, 2009

mental torture....

It is 1.55 am in the morning. I just returned from my convention centre. i went to Fareez Restaurant with JR and Ooi. I supposed to return to my room around 11.00 pm.

But i have to entertain my ex coursemate from kelantan. He was persuading me to join his multi level marketing (mlm) hai-o marketing.

frankly speaking i m not interested at all in mlm. but to please my old friend, i have to pretend that i m interested with his mlm.

i felt that i was being mentally tortured while i was listening to his explaination. He was very talkative till i haven't got any chance to stop him.

Finally i said that i have to leave now or else i would not be allowed to enter UKM. He ask me to introduce him with our lecturers which i dont want to take a risk.

He also wanted to meet me again next week.
Nope!! i dont think so..

i will try to create as many excuses as posible. I dont want to be tortured again.

Never!!

Langkah pertama PM baru kita..

PM kita yang baru dalam ucapan sulungnya telah mengarahkan agar ISA dikaji semula, tahanan ISA dibebaskan dan penggantungan Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik.

Ini satu langkah yang sangat baik. Mudah2an keberkatan hari jumaat menjadikan Najib mampu mengemudi negara kearah yang lebih baik.

Moga2 konsep 1 malaysia akan menjadikan kita lebih bersatu tanpa mengira bangsa dan agama.

Kita doakan....

Thursday, April 2, 2009

Ujian arab...

Macam nak pecah kepala menjawab! padahal kalau konsentrat masa ustaz bob mengajar pasti tak sesusah mana.

Bila menjawab tadi bob mengharap 'belas ehsan" kawan2 disebelah. Nasib baik diorang tak lokek.

mmm padan muka ko bob. sapa suruh malas belajar....

Wednesday, April 1, 2009

shit!!

Tadi lepas pbl kontrak, bob lepak kat PUU.
Pastu bob terasa sakit perut.

pastu bob gi lah toilet tingkat atas. Bob tolak pintu tandas yang tengah pasal tandas sebelah kanan ada orang.

apa yang bob lihat beberapa ketul tahi yang di biarkan di atas mangkuk tandas. Hilang terus selera nak melepaskan hajat.

Bob terus keluar. terfikir bob kenapa masih ada student yang begitu tak bertamadun. bukan kah kita pelajar undang2???Pelajar di dalam kursus yang dipandang tinggi oleh setiap orang.

Tapi perangai macam orang suku masai di Kenya masih lagi wujud di kalangan kita.

Bob tak kisah kalau itu tandas kat hentian puduraya.Tapi ianya berlaku di dalam perpustakaan undang2!!!!

Sunggu menyedihkan.....

teringat bob akan kata2 mastura dari kedah "pengotoq!!"

Satu kisah...

Ada satu malam tu bob tepon kawan bob nak ajak dia 'konvensyen''. biasalah bob malam2 memang selalu 'konvensyen''

Dia kata " OK bob" . So bob pun siaplah. Pastu tiba2 dia hantar mesej " Bob sakit perut, takleh pergi!"

Bob terfikir "sakit perut????????" 10 saat tadi masa tepon kata ok tup-tup sakit perut pulak???

Dia tahu tak yang dia sedang deal ngan otai?????

Otai ni dah masak sangat dengan alasan2 cliche..

Ohhhh nak kelentong otai yer...

So bob telefon semula. tapi roomate dia yang jawab "***** kat toilet"

Bob cakap "beritahu ***** bob dah dalam perjalanan.2 minit lagi sampai.takkan nak patah balik. Dari KIY ke Keris Mas bukan dekat"

Padahal masa tu bob baru nak mandi.hehehehehe

So akhirnya kawan bob tu terpaksa juga turun ke bawah menunggu bob. 10 minit kemudian baru bob sampai.

Moral of the story "kalau nak tipu otai, kena bagi alasan kukuh.kalau tidak tak pasal2 kena tipu balik dengan otai"

hahahahahahaha
hahahahahahaha
hahahahahahaha

Alhamdulillah....

Lega rasanya bila selesai pbl kontrak. amat lega... terasa beban di pundak bob seolah2 semakin ringan. pembentangan tadi begitu smooth akhirnya walaupun bob buat ad hoc preparation.

Akma, Elli dan Jaswin sememangnya hebat!!!! Bob percaya mereka semua ada potensi yang cukup besar untuk menjadi seorang peguam yang hebat. (tak pun pelakon handalan setaraf Susan Sarandon hehehehehehe).

Memang benarlah bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Bob bersyukur kerana satu masalah telah selesai.

Tadi lepas habis pbl kontrak bob celebrate dgn grup bob kat Restoran Fareez dengan suasana ceria. Bob tak makan apa2 sekadar menjadi penonton grup bob makan. Bob cuma habiskan air nescafe yang dibawa oleh akma untuk props pbl tadi. Akma memang pandai buat air nescafe. sesedap air di restoran mamak.

Antara berita lain yang melegakan bob adalah Pn Sitha extent dateline to submit speech outline.Sampai hari isnin. Huhhh semakin lega.

Apa pun bob kena hadapi pbl consti pulak. mudah2an kerjasama kumpulan akan terus dikekalkan.

Untuk test bahasa arab malam ni bob dah ''Ƨhop'kerusi sebelah tok2 arab.

Nampaknya bob terpaksa cancel plan nak balik JB malam ni. Pasal ada banyak benda yang perlu dilangsaikan.

Takperlah.... "tak akan lari gunung dikejar, hilang kabus nampak lah ia". Betulkan???

Banyaknya masalahhhhhh!!!!

Masa bob tulis entry ni jam menunjukkan 12.25 pagi. Kepala tengah serabut giler. mana taknya 9.20 pagi nanti bob ada pbl kontrak. Kes yang terlibat tak hafal lagi.

Yang paling boooooring sekali, bila topik speech outline bob di reject oleh puan sitha. Dia suruh bob tukar topik. Dia ingat senang agaknya nak cari tajuk baru.

Sebenarnya banyak tajuk kat kepala ni tapi nak organise tajuk dan isinya tu yang buatkan bob rasa nak muntah darah. Besok pukul 12.00 tgh hari dateline conference dengan puan sitha. Outline tak siap apa2 lagi. zero!!!

Malamnya pulak ada test bahasa arab. manalah tak rasa nak pecah kepala. Bahasa arab dahlah susah nak paham. nampak gaya kenalah duduk dengan 'tok-tok arab' macam haris,acap atau faizuan.

Alangkah bagusnya bila bob bangun tidur nanti dah hari graduation. hari menerima segulung ijazah. alangkah indahnya dunia ini kan....

namun begitu, bob sedar kita sebenarnya tak boleh lari dari masalah. kita kena selesaikan masalah, kita kena confront dengan masalah kita. selagi tak selesai masalah selagi itulah sakit kepala ni takkan hilang.

moral of the story, life is not always as smooth as what we always expected. so deal with it!!!

come on bob! you are able to overcome all the challenges and obstacles!!!! (self motivation hehehehe)