dewasa ini kita didendangkan betapa pentingnya kebebasan bersuara sebagai satu elemen dalam menjamin hak asasi manusia.Ianya sudah menjadi seumpama agama baru yang wajib diterima oleh setiap masyarakat. Menentangnya agama baru ini adalah seperti orang murtad yang harus dihukum bunuh...
sebarang usaha menghadkan kebebasan bersuara akan ditentang oleh penganut-penganut agama baru ini.
namun mari kita renungkan sejenak apa yang berlaku disekeliling kita.
Atas nama kebebasan bersuaralah maka persidangan ASEAN dibatalkan di thailand.
Lihatlah betapa besar kerosakan yang ditimpakan ke atas Thailand oleh menganut2 agama hak asasi manusia ini.
Rakyat mereka dibenarkan berhimpun dan berdemonstrasi. Ini adalah 'hak asasi manusia' laung mereka.
baiklah...... tapi apa kesudahannya?????
kerosakan harta benda, maruah negara mereka terjejas, dan yang paling penting kerugian ekonomi. Para pelancong mula menjauhi thailand.
Kita kena ingat pelancongan adalah antara faktor penyumbang utama ekonomi thailand.
Namun bagi penganut2 agama baru ini, 'tak pelah ekonomi thailand terjejas, asalkan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia rakyatnya terus dipertahankan. itu lebih penting daripada kemakmuran ekonomi!! Pedulikanlah tentang maruah negara, yang penting satu dunia tahu bahawa kebebasan bersuara wujud di thailand"
Dan agama baru ini sudah mula menjangkiti negara kita...
teringat kata-kata Lee Kuan Yew, Bapa Pembangunan Singapura
"I prefer to be feared rather being respected"
Kerana agama baru inilah Perang ke atas Iraq dan Afghanistan menjadi halal di mata US.
Bagi US, Iraq dan Afghan dibawah cengkaman diktator yang menghalang kebebasan bersuara dan menindas hak asasi manusia.
Justeru halal darah mereka ini ditumpahkan bagi memastikan rakyat mereka diberikan sistem demokrasi, kebebasan bersuara dan bagi menjamin hak asasi mereka..
Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
11 months ago
No comments:
Post a Comment