Friday, September 3, 2010

PLEASE!!!! HORMATILAH CARA BOB...

Hari ini 3 September 2010, Bob gagal mengawal perasaan semasa tutorial Partnership. Mungkin dalam keadaan berpuasa bob gagal menyerap provokasi daripada salah seorang ahli dalam kumpulan tutorial Bob.

Bob perasan beliau sememangnya kurang senang dengan Bob semenjak dari tahun satu lagi. Puncanya adalah bila Bob berterusan meminta penjelasan dari kumpulan pembentang. Beliau membentak meminta Bob menghentikan argument kerana kesuntukan masa.

Hei!!!!!! Apa tujuan kita masuk tutorial??????? Nak buang masa???? Bukan ker tutorial adalah masa untuk kita untuk lebih memahami subjek yang disampaikan semasa kuliah. Bukan ker tutorial adalah masa untuk para tutor memperjelaskan segala persoalan yang tidak kita fahami semasa kuliah. Dan bukan ker semasa tutorial inilah adalah waktu kita bertanyakan apa saja persoalan yang masih samar2 dibenak kita.

Kenapa nak pertikaikan hak Bob untuk menanyakan soalan???. Adakah korang rasakan Bob sekadar suka2 bila menanyakan soalan???

Kalau begitu anggapan korang, Bob boleh cakap korang semua tak tahu apakah matlamat sebenar korang datang ke UKM ni. Korang cuma rasa glamour setakat dapat title pelajar undang-undang dan rasa bangga bila balik kampung atau jumpa kawan-kawan lama sekolah korang.

AKU ADALAH BAKAL LAWYER!!!!!

Pada korang belajar adalah untuk periksa. Hafal saya subjek, bila periksa muntahkan sajer segala yang dah dihafal. Korang tak rasa ianya penting untuk menguasai dan memahami sebenar-benarnya ilmu yang diajar. Itu tak mengapa tapi yang paling menjijikkan adalah apabila korang mahu Bob ikut cara korang. Patut ker????

Come on lah,,,, kalau begitu sikap kita, sampai bila2 kita orang Melayu takkan maju.Kita akan akhirnya jadi lawyer yang sub standard. Apa pun macam Bob pernah cakap dulu, kalau korang tak suka cara Bob, korang terpaksa hadapinya sampai kita grad. Bob akan terus dengan cara Bob belajar.

Namun begitu Bob tak maksudkan SEMUA dari korang ni bersikap sedemikian. Ada segelintir sahaja yang bersikap begitu. Pada Bob mereka kena berubah, kalau tidak mereka akan ketinggalan

Apa pun sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak ni, Bob ingin memohon ampun dan maaf kalau adalah salah dan silap serta terkasar bahasa sepanjang perhubungan kita ni di UKM.
Semoga kita mampu bersama-sama menjadi apa yang kita impikan setelah kita menggenggam segulung ijazah kelak.

Akhir kata Bob ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Mohon Maaf Zahir Batin.

Tuesday, July 13, 2010

Berpada-padalah kawan.....

Dah lama dah bob tak update blog. Sibuk dengan pelbagai perkara. Hari ini bob berpeluang dan berkesempatan menulis kerana ingin mengisi ruang-ruang kebosanan bersendirian di bilik. Bob cuba untuk mengulas isu yang tiba2 sahaja terlintas dilubuk benak bob. Ianya mengenai sikap.

Kita perlui akui hari ini hidup kita memang terlingkar dengan kemajuan teknologi komputer dan IT. Kewujudan Facebook, Twitter,Messenger banyak merubah cara kita berkomunikasi dan meluahkan idea, pendapat dan perasaan,

Kebebasan yang kita kecapi dengan terzahirnya media baru ini memang sepatutnya kita raikan. Jika dibandingkan dengan zaman remaja bob dahulu, generasi hari ini jauh lebih beruntung. Namun bob masih lagi rasa bertuah kerana mampu untuk bersama-sama menikmati segala kemudahan teknologi ini.

Bob ada 1 blog dan 3 akaun FB. Bob akur FB banyak membantu kita dalam berkomunikasi seharian. ianya kini sepenting handphone. Apa sahaja boleh kita luahkan di FB ini.

Namun dari satu sudut, bob perhatikan ada yang perlu disorot kembali. Kita harus juga melihat sisi hitam FB ini. Tahukah kawan2, gelagat,kerenah,pendapat dan luahan rasa di FB ini boleh digunakan oleh bakal majikan kita untuk menilai peribadi kita?

Justeru, kita harus berpada2 dalam meluahkan perasaan kerana dibimbangi ianya akan menelanjangkan sifat dalaman diri kita, takut2 ia akan menjadi senjata yang akan menikam diri kita kelak.

Satu lagi apa yang bob perhatikan, dalam masa kita meluahkan isi hati dan perasaan kita pada khalayak FB ni biarlah berpada2. Untuk apa kita mencanangkan rasa cinta, sayang, rindu pada kekasih kita untuk didengari oleh semua orang.

Alhamdulillah, sekiranya hubungan cinta kita berakhir dijinjang pelamin, tapi tak malukah kita sekiranya hubungan kita itu putus setengah jalan setelah berguni2 madah2 manis dan bait2 cinta kita hebohkan dan diketahui ramai???

Apakah nilai diri kita pada waktu itu??
Justeru bob harapkan agar kita 'reserve' sikit hubungan cinta kita ini. Teringat bob tentang coursemate bob masa diploma dulu. Angin tidak , hujan tidak , 6 bulan selepas grad sahaja mereka berkahwin. Percintaan mereka tersimpan rapi semasa dalam pengajian. Takder sapa pun yang tahu mereka sebenarnya bercinta dan keluar dating. Hebat sungguh mereka menyimpan rahsia...

Dan ini barulah yang dinamakan hubungan cinta yang 'first class'!!

Friday, January 29, 2010

Lulusan syariah.....

Hari ini, Sabtu dan esok berlangsungnya seminar Kewangan Islam di Dk1. Satu seminar yang hebat yang dikelolakan oleh lulusan Syariah.

Terperanjat bob melihatkan kemampuan seorang lulusan syariah menggembling minda dan ilmunya bagi membangunkan ekonomi Islam. Beliau (En. Fadli) telah keluar dari kepompong cliche seorang lulusan syariah. Pada pendapat bob, peranan sebeginilah yang patut dimainkan oleh agamawan Islam.

Ingin sahaja bob menguar-uarkan agar setiap pelajar FPI hadir dalam seminar sebegini. Lihatlah peranan yang boleh mereka mainkan dalam membangunkan ummah. Bukan setakat beretorik, menghukum iman dan kafirnya orang lain sebagaimana yang berlaku kepada lulusan agama kita pada hari ini.

Penceramah telah membebaskan dirinya dari pakaian jumud seorang agamawan.Tanpa perlu gelaran ustaz, beliau adalah pejuang Islam yang lebih tulus dan besar baktinya kepada dunia Islam. Pendekatan beliau dalam kerjayanya membenarkan dalil yang mengatakan Islam itu mudah dan indah.

Tanpa perlu berkopiah dan berjanggut, kerja2 Islamnya lebih membawa banyak manfaat daripada agamawan yang terlalu obses dalam politik. Agamawan sebeginilah yang akan memartabatkan kedudukan Islam di muka bumi ini, bukannya yang dok sibuk berceramah di masjid2 dan di surau. Tapi ini seringkali tidak disedari oleh mereka yang merasakan diri mereka pejuang Islam.

Minda2 jumud 'pejuang' Islam ini merasakan mereka hebat dengan melabelkan orang lain tidak islam. Dengan penampilan berkopiah dan menghafal beberapa kerat ayat quran dan hadis, mereka merasakan diri mereka benteng kepada kekuatan ummah. mereka inilah yang sering merasakan 'hollier than thou". Namun ilmu yang mereka miliki tadak membawa sebarang manfaat kepada ummah selain menimbulkan bibit kebencian dan perpecahan.

Dan bob sangat yakin, golongan 'pejuang' Islam sebeginilah yang telah meruntuhkan empayar Uthmaniah. Golongan agamawan sebeginilah yang menjadikan Islam lemah,mundur dan jumud. Islam seharusnya menguasai dunia, tetapi kenapa sampai hari ini kita masih lagi terkebelakang dan mundur.

Kita perlu melahirkan lebih ramai lagi agamawan seperti En. Fadli bagi mengangkat kembali maruah Islam. Agamawan seperti beliau inilah yang menjadikan Islam maju dan progresif.Idea dan ijtihad beliau menjadikan sistem ekonomi dan muamalat Islam diterima diseluruh dunia. Hatta pihak barat sekarang ini berlumba2 untuk belajar sistem muamalat Islam.
Inilah satu bentuk dakwah yang mulia dan bijaksana. Adanya agamawan seperti beliau inilah yang menjadikan orang bukan Islam mengakui akan indahnya Islam dan sistemnya.

Dan inilah Islam yang bob impikan.....

Thursday, January 28, 2010

Pasca PRK

Ketika bob menulis blog ini jam menunjukkan 3.35 pagi. Badan terasa letih setelah menantikan keputusan PRK yang terlalu lewat. Tahniah bob ucapkan kepada yang menang dan juga mereka yang tewas. Apa yang memeranjatkan bob terdapat seorang calon yang merupakan tokoh gerakan pelajar yang popular diluar lingkungan UKM telah tewas. Seorang tokoh gerakan pelajar yang begitu hebat dilapangan umum dan tidak sedikit namanya terpampang di dada akhbar elektronik. Namun beliau ditolak oleh rakannya sendiri di kampus. Sungguh ironik sekali. Apa pun bagi seorang pejuang seperti beliau tiada istilah tewas dalam kamus hidupnya walaupun hasratnya untuk menjadi pemimpin pelajar secara sah dan halal diperingkat universiti tidak tercapai. Mungkin nasib politiknya lebih cemerlang di luar.

Apa yang menarik untuk di ulas adalah suasana pasca keputusan PRK. Gegak gempita sorakan dua2 kumpulan politik bila calon mereka menang. Namun adat pertandingan, yang tewas pasti berasa sangat kecewa dan tidak berpuashati. Itu lumrah. Namun bila satu kumpulan merasakan mereka tewas kerana berlaku penipuan, rasa tidak puashati itu diletuskan dengan perarakan mereka ke dewan pengiraan undi.

Bob tidak pasti samada tuduhan mereka berasas ataupun mereka tidak mampu menerima hakikat mereka telah kalah. Namun sekiranya benar, apakah motif kejadian itu?? Seharusnya PRK adalah satu peristiwa yang memanifestasikan suburnya budaya demokrasi di kampus. Pilihanraya seharusnya menjadi medan mana2 politikus kampus untuk bertarung secara sihat dalam amalan demokrasi. Ianya seharusnya menjadi wasilah bagi melahirkan pimpinan kampus. dan seharusnya perjalanan PRK mesti telus dan terpercaya.

Apa masalahnya kalau kita menerima keputusan PRK?? Samada Aspirasi atau GM, mereka masih lagi pelajar UKM. Menangnya mereka selayaknya diraikan kerana mereka adalah suara mahasiswa teramai.

Sekiranya benarlah dakwaan mereka, pihak pengurusan seharusnya mengambil langkah segera samada melakukan kiraan semula atau dalam keadaan yang lebih ekstrem mengadakan semula PRK, walaupun itu bukan pilihan bob.

Namun seandainya dakwaan itu timbul akibat dari perasaan tidak mampu menerima kekalahan, bob menyarankan agar mereka semua memakai lampin ke kuliah. namun disebalik kejadian ini, bob sekali lagi ingin mengingatkan kawan2 semua bahawa dalam realiti kehidupan tidak ada istilah yang dinamakan ideal. Sekiranya kita ingin terus bersikap idealis, nescaya kita akan terus terperangkap didalam kepompong dunia khayalan kita sendiri.

Oleh yang demikian, bukalah mata kita luas-luas. Belajarlah erti kehidupan.

Wednesday, January 27, 2010

Politikus Menara Gading

Dah lama Bob tak menulis di blog ini. Antara sebabnya adalah Bob lebih senang berdiskusi di lelaman FB. Namun begitu kehangatan 'suam-suam' kuku pilihanraya kampus kali ini mengumpan bob untuk melihat dan mengupas perjalanan PRK kali ini.

Bob melihat PRK merupakan satu makmal dimana para pelajar yang merasakan mereka mempunyai idealisme terhadap suatu sudut pandang pelbagai isu semasa. Namun begitu apa yang dapat diperhatikan, calon2 yang bertanding seringkali tersasar dari aspek tujuan mereka bertanding.

Membaca manifesto yang dizahirkan, bob mendapati para calon seringkali beranggapan mereka ada mempunyai kuasa tarik tali yang kuat dalam menangani pelbagai isu. Perlu disedari ada isu2 yang dimainkan melibatkan keputusan dan dasar pengurusan universiti yang tak semudah itu diubah dan ditiadakan. Seharusnya mereka menyedari sebesar mana pun 'kuasa' yang mereka miliki, terdapat satu garis yang memisahkan antara mereka dengan pembuat dan pelaksana dasar. Ya, diakui mereka mempunyai peluang untuk berbincang dalam pelbagai perkara yang melibatkan kepentingan mereka, namun mereka perlu akui bahawa kuasa pemutus terletak di tangan pengurusan universiti.

Mereka seringkali mengabaikan pendekatan2 yang bersifat diplomatik, beradab dan berhemah dalam mengutarakan idealisme mereka. Mereka melihat sesuatu perkara itu secara idealistik dan akademik sedangkan realitinya tidak sebegitu. Justeru mereka seringkali mengabaikan kecerdikan berstrategi dalam menjayakan idealisme mereka. Mungkin pengaruh politik luar juga memberi tempias terhadap kelakonan mereka namun sebagai golongan terpelajar mereka berbeza dengan yang diluar sana.Mereka juga harus sedar, bahawa 'kuasa' yang mereka miliki pada hari ini tidak sama dengan kuasa generasi pelajar tahun 1970an.

Seperkara lagi apa yang bob perhatikan para calon kita hari ini terlalu obses dengan soal2 politik kepartian sedangkan isu utama yang perlu diberi penekanan adalah kebajikan pelajar. Selain itu isu2 ekonomi seringkali 'tidak dipandang' oleh para politikus kampus ini sedangkan ianya memberi kesan langsung ke atas kelangsungan perkembangan kecendikiawanan mereka.

Para politikus di UKM ini jarang sekali menghamparkan respons2 bernas dan cakna terhadap perkembangan ekonomi tanahair seperti kesan liberalisasi perdagangan, pembukaan sektor2 perkhidmatan, pemaksaan ideologi kapitalis yang boleh menjejaskan struktur asas kenegaraan dan kerangka sosioekonomi kita. Semua ini seringkali diremehkan oleh para politikus kampus.

Tidak pernah bob lihat para politikus ini menghantar sebarang memoranda kepada mana-mana pihak berwewenang bagi menzahirkan pendapat dan pandangan mereka terhadap isu2 ekonomi kontemporari.

Adakah para politikus kita ini telah dibebalkan dan didungukan oleh obses politik yang melampau atau mereka sememangnya minda mereka mandul dalam melihat kehidupan hari ini dari sudut pandang yang berbeza.. Wallahu A'alam..