Wednesday, January 27, 2010

Politikus Menara Gading

Dah lama Bob tak menulis di blog ini. Antara sebabnya adalah Bob lebih senang berdiskusi di lelaman FB. Namun begitu kehangatan 'suam-suam' kuku pilihanraya kampus kali ini mengumpan bob untuk melihat dan mengupas perjalanan PRK kali ini.

Bob melihat PRK merupakan satu makmal dimana para pelajar yang merasakan mereka mempunyai idealisme terhadap suatu sudut pandang pelbagai isu semasa. Namun begitu apa yang dapat diperhatikan, calon2 yang bertanding seringkali tersasar dari aspek tujuan mereka bertanding.

Membaca manifesto yang dizahirkan, bob mendapati para calon seringkali beranggapan mereka ada mempunyai kuasa tarik tali yang kuat dalam menangani pelbagai isu. Perlu disedari ada isu2 yang dimainkan melibatkan keputusan dan dasar pengurusan universiti yang tak semudah itu diubah dan ditiadakan. Seharusnya mereka menyedari sebesar mana pun 'kuasa' yang mereka miliki, terdapat satu garis yang memisahkan antara mereka dengan pembuat dan pelaksana dasar. Ya, diakui mereka mempunyai peluang untuk berbincang dalam pelbagai perkara yang melibatkan kepentingan mereka, namun mereka perlu akui bahawa kuasa pemutus terletak di tangan pengurusan universiti.

Mereka seringkali mengabaikan pendekatan2 yang bersifat diplomatik, beradab dan berhemah dalam mengutarakan idealisme mereka. Mereka melihat sesuatu perkara itu secara idealistik dan akademik sedangkan realitinya tidak sebegitu. Justeru mereka seringkali mengabaikan kecerdikan berstrategi dalam menjayakan idealisme mereka. Mungkin pengaruh politik luar juga memberi tempias terhadap kelakonan mereka namun sebagai golongan terpelajar mereka berbeza dengan yang diluar sana.Mereka juga harus sedar, bahawa 'kuasa' yang mereka miliki pada hari ini tidak sama dengan kuasa generasi pelajar tahun 1970an.

Seperkara lagi apa yang bob perhatikan para calon kita hari ini terlalu obses dengan soal2 politik kepartian sedangkan isu utama yang perlu diberi penekanan adalah kebajikan pelajar. Selain itu isu2 ekonomi seringkali 'tidak dipandang' oleh para politikus kampus ini sedangkan ianya memberi kesan langsung ke atas kelangsungan perkembangan kecendikiawanan mereka.

Para politikus di UKM ini jarang sekali menghamparkan respons2 bernas dan cakna terhadap perkembangan ekonomi tanahair seperti kesan liberalisasi perdagangan, pembukaan sektor2 perkhidmatan, pemaksaan ideologi kapitalis yang boleh menjejaskan struktur asas kenegaraan dan kerangka sosioekonomi kita. Semua ini seringkali diremehkan oleh para politikus kampus.

Tidak pernah bob lihat para politikus ini menghantar sebarang memoranda kepada mana-mana pihak berwewenang bagi menzahirkan pendapat dan pandangan mereka terhadap isu2 ekonomi kontemporari.

Adakah para politikus kita ini telah dibebalkan dan didungukan oleh obses politik yang melampau atau mereka sememangnya minda mereka mandul dalam melihat kehidupan hari ini dari sudut pandang yang berbeza.. Wallahu A'alam..

2 comments:

  1. setuju pasal sesetengah perkara yang tak mudah untuk diubah di peringkat universiti.ada sesetengah calon meletak manifesto yang nampak semata2 hanya untuk menarik undi dan tidak realistik.seperti mereka terdesak.

    ReplyDelete