Wednesday, November 21, 2012

Selepas 4 tahun.

Dah lama betul bob tak menulis di blog ini. Lebih setahun lamanya. Apa pun kini bob menulis bukan lagi sebagai student tua, tetapi pemilik LLB dari UKM. Syukur alhamdulillah. Sekali lagi bob bercuti selama 10 bulan utk urusan chambering. Kali ini cuti tanpa gaji dan hilang tempoh perkhidmatan selama 10 bulan. Jika ditakdirkan bob kerja kerajaan sampai pencen, bob hanya dapat berkhidmat selama 29 tahun 2 bulan. Tak dapat pencen penuhlah jawabnya. Apa pun bob tak tahu apa pilihan bob seterusnya. Kekal sebagai penjawat awam atau menjadi pengamal undang-undang sepenuh masa. Banyak pro dan con yang bob perlu pertimbangkan.

Apa pun jadi lawyer atau tidak bob tetap nak buat chambering. Nak dapatkan title Advocates and Solicitor of The High Court of Malaya. Sekarang ni bob tengah attach di sebuah firma guaman di JB walaupun perancangan awal sepatutnya di KL. Hahahaha kita mentadbir tapi tuhan yang mentakdir. Di firma bob sekarang, bob buat kerja2 litigasi. Civil litigation. Apa yang meenghairankan masa studi dulu bob memang tak minat buat civil. Bob rasa susah dan complicated berbanding criminal. Tapi bila dah involve, rasanya tak susah mana pun.

Master bob lulusan UITM. Experienced criminal lawyer. Tapi LA bob macam haprak. Lulusan UKM batch 18. Poyo dan berlagak nak mampus. Litigation is my passion katanya. Tapi bila cross melingkup, bila in chief buat soalan leading.

English terlingkup, bila counsel sebelah sana cross dalam English dia tak paham. Bila tak paham, dia akan beritahu judge " saya takder apa-apa nak re Yang Arif" . Padahal saksi sendiri dah kena gulai sampai tercungap-cungap.Bila bob bagi pendapat dia tanya balik "kau lawyer ke aku lawyer?' Macam lahabau!!.  Pastu banyak kes dia kena strike out pasal dia lupa nak attend case. Terpaksalah buat filing semula.

Satu kes lagi, dia  bagi ill advice pada client. Katanya client tu perlu buat Mareva Injuction untuk pastikan aset yang dia cuba nak secure tak dipindahkan. Tapi bila apply, court tolak pasal dia tak buat undertaking to damages + takder real risk of the defendant to transfer his property. Tak pasal2 client to kena bayar fee utk injunction. You know how much???? RM 40,000.00!!!!! Buta2 kena bayar benda yang tak perlu. Nasib baiklah client tu seorang yang bergaji besar. Bob dan acap selalu kata, malang betul client tu ambil mamat ni jadi lawyer. Written Submission yang sepatutnya kena hantar hari isnin lepas kemungkinan tak siap lagi. Lantak kau lah labu.....

Apa pun bob kena akui, bahawa bob banyak belajar dari kesilapan. Bukan kesilapan bob tapi kesilapan dia..hahahhaha. Sekarang ni bob buat kerja2 clerical spt draf writ dan OS. Selain tu bob ambil JID atau MOB di Court. Tadi bos dah bagi arahan, seminggu sekali kena pergi criminal session dan magistrate court, cari kes. Again sesuatu yang menarik utk diexplore. Semoga dipermudahkan.

Apa pun bob percaya bob tak salah pilih haluan. Bob akan gali dan teroka segala ilmu utk mempersiapkan diri bob sebagai seorang peguam. Insya Allah bob akan berjaya.

No comments:

Post a Comment