Sunday, October 16, 2011

Sehari di Alor Star.......

Dah lama sangat dah bob tak menulis di blog ni. Mungkin sibuk kot.... Apa pun bob nak bercerita tentang Kedah Darul Aman. Last Friday bob pergi Alor Setar. Pergi melawat seseorang di penjara Pokok Sena.Naik ktmb antarabandar. Nasib tak memihak bila semua tiket koc 1 dan kelas 2 habis. Terpaksalah duduk kelas ekonomi. Jadual perjalanan sepatutnya 9.21 tapi keretapi bertolak 9.30. Takpelah.. Memandang duduk kat kelas ekonomi ni memang kurang selesa, bob mengambil keputusan untuk lepak di koc bufe. Order air milo dan makan mee goreng. Harganya RM 6.30. Boleh tahan mahal. Sepanjang perjalanan bob perhati gelagat orang dlm tren.macam2 karenah. Semasa makan bob ada juga berbual dengan seorang pakcik. Dia kata dia pilih tren pasal senang dia nak pergi bilik air. maklumlah orang tua katanya. Tapi lama kelamaan pakcik ni semakin asyik bercerita, bob mintak diri dulu. bukan apa, pakcik ni kuat temberang. malaslah asyik kena 'kencing' jer. Sampai Ipoh bob pun tidur, menyandar kat tingkap tren. Sedar2 sampai Sungai Petani. Time ni dah syok sikit pasal hari dah agak terang. boleh lihat pemandangan sepanjang jalan. Terhibur rasa melihat sawah padi yang menghijau disebelah kiri dan lebuhraya plus disebelah kanan. Jam 7.50 bob sampai alor setar.

Turun saja dari tren bob rasa macam kembali tahun 60-70an( berdasarkan suasana dalam cerita P.Ramlee lah). Stesen keretapinya kecil,tiada penambahbaikan, kecuali tandas kot.. Tak rasa macam berada kat sebuah bandaraya langsung. Apa pun rancangan bob seterusnya adalah menyewa kereta. Rasanya lebih jimat jika naik teksi. Bob sewa kereta kancil dengan bayaran RM 40. Isi minyak RM 20 terus bob pergi ke Pokok Sena. Jalan menuju ke Pokok Sena 4 lorong.selesa. Sempat jugak bob singgah tepi jalan. ada warong jual roti canai. Warong simple, roti pun sedap. Pelanggannya ramai dikalangan orang2 tua. datang naik motor ngan cucu. tak pakai helmet pun. Sepanjang perjalanan ke Pokok Sena, bob perhatikan kebanyakan papan iklan ditepi2 jalan banyak tunjuk tentang baja. Ada baja getah, ada baja padi. mungkin negeri pertanian kot. so signifikanlah iklan2 seperti ni, sepanjang perjalanan bob rasa santai. tengok orang kedah macam relax jer. Balik dr penjara, bob singgah kat pasar minggu (pasar malam di siang hari???) terletak di trafik light di pekan pokok sena. kat situ bob tengok macam2 hasil pertanian. keledek, pisang,sayur, buah. semuanya dijual secara pinggan atau longgok. memang murah sangat. kat situ jugak bob makan nasi kandar.bukan kat restoran atau warong tapi gerai kereta tolak. makcik tu letak 4 meja utk para pelanggannya. nasi kandar dia macam nasi minyak, bukan nasi putih macam yg biasa bob makan. lauknya ada daging, limpa,ayam. bob makan lauk daging ngan kuah yang dicampur2. RM 3. teh ais seringgit. cukup murah dan berpatutan. Oleh kerana minyak kereta banyak lagi, bob terus menghalakan kereta ke kuala nerang. bob main redah jer ni pasal bob tak pernah pergi. just follow sign board. sampai kuala nerang bob nampak pasar minggu lagi. bob singgah jap. bob suka tengok harga2 barang keperluan harian. rasa best giler bila tengok harga ikan dan sayur memang cukup murah. dan yang paling penting segar! Kemudian bob lepak kat kedai kopi cina. ramai org melayu jadi pelanggan dia. tapi dia jual air ngan roti bakar jer.yang goreng mi orang melayu. bob order kopi o ais sambil tengok orang keluar masuk. yg musykilnya kenapa popular benar kedai kopi ni. rupa2nya, tokeh kedai kopi ni adalah penjual nombor ekor haram!! patutlah ramai orang2 melayu datang.hmmm bob ingatkan judi haram ni hanya wujud kt bandar2 besar jer. rupa2nya pekan koboi pun hadapi masalah yang sama.

Then bob patah balik alor setar menuju ke kangar. hajat hati nak pg padang besar. tapi sampai kat sempatan perlis bob patah balik. takut tak sempat balik alor star.pasal tren balik bertolak pukul 7.21 pm. so bob patah balik dan singgah kat pekan sanglang. kt situ ada pasar malam baru nak bukak. waktu tu jam 4.30. bob sempat beli jemput2 udang (org kedah sebut cekodok) seringgit 10 biji. murah betul.. pastu bob jalan terus. tapi sampai simpang ke jitra, tangan bob gatal pusing stereng. bob ikut jalan pergi jitra. bob redah jer laluan tersebut dekelilingi dengan sawah padi menghijau.sampai jitra bob masuk highway terus ke bukit kayu hitam.speed laju2 takut lambat sampai. tapi sampai Napoh, bob tukar fikiran. jam dah pkl 6.15. ketapi bertolak pkl 7.21. lambat kena tinggal lah jawabnya. so bob buat u turn kat smk Hosba dan terus speed menuju ke plus highway.keluar kat alor setar utara. jam pkl 6.45 bob sampai alor star. so bob rasa sempat pergi ke pekan rabu, beli barang sikit pastu mandi kat tandas di situ. pastu pusing sekali satu bandar alor setar. tepat jam7.15 bob sampai stesen ketapi. bob call tuan punya keta sewa dia datang ambil dan pulangkan deposit sewa. pkl 8.10 pm baru tren sampai. apapun tren balik ni bob dapat tempat tidur, so selesalah sikit.

kesimpulan yang boleh bob buat bila berada di alor setar ini adalah, orang2 kedah ni semuanya sempoi dan santai. budi bahasa diorang tinggi walaupun kat bandar alor star. susah nak jumpa org pompuan pakai seksi2. biasanya pakai baju kurung. ayu dan sopan.yang lelaki pulak takderlah pakai baju yang metroseksual yang menjengkelkan mata.sumer nampak asli.budak2 yang jual air kat gerai2 tak lokek dengan senyuman.peniaga2 kat pasar minggu pun peramah dan mudah tersenyum. bila dengar loghat utara diorang tu rasa terhibur pulak. the presence of malay traders kat alor setar pun boleh dibanggakan. pekan rabu semua orang melayu yang punya. peniaga cina kat kompleks beli belah yang besar. rasanya syed mokhtar albukhary ada peranan yg besar dalam pembangunan alor setar.kat alor star sendiri, rasanya orang melayu masih ada kekuatan disana. rasanya kalau nak cari pembangunan yang hebat2 bukan kat alor star kot... tapi kalau nak cari cara hidup yg sempoi dan santai, dengan kos sarahidup yang rendah, alor star sesuai rasanya.

Tuesday, February 8, 2011

Bila wanita menjadi Pentadbir.

Bila melihatkan perjalanan program land law kita yang lepas, bob dapati ramai pelajar wanita batch kita telah menunjukan bakat sebagai seorang pentadbir atau ketua kepada sekumpulan orang bawahan. Begitulah keadaanya bila korang bekerja kelak yang mana korang akan deal dengan orang2 bawahan terutamanya orang lelaki.

Hasil daripada pemerhatian bob, ada banyak pendekatan yang digunakan oleh korang. Ada yang strict, ada yang leisser fairre, ada yang autokratik dan ramai yang demokratik. Apa pun cara yang digunakan apa yang lebih penting adalah bagaimana caranya kita ingin mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Objektif atau sasaran perlulah jelas. Janganlah semata2 kita terikat dengan style yang kita minat akhirnya matlamat utama tersasar. Menjadi pentadbir, kita seharusnya kreatif dan jangan rigid. Kita kena berfikir diluar kotak kebiasaan. Sebagai contoh HR Manager di ofis bob yang bernama Faridah Abd Hamid. Sebagai sebuah badan kerajaan, beliau gagal utk menjayakan aspirasi kerajaan yang begitu menekankan pemerkasaan modal insan. Anggota pekerja yang mempunyai hasrat untuk melanjutkan pelajaran pasti akan terbantut minatnya dek kerana kecenderungan beliau untuk mencari alasan2 teknikal. Sebagai contoh dia akan kata " dah ramai sangat yang sambung belajar, nanti dah dapat diploma atau ijazah, takder jawatan kosong pulak.

Kadang2 hairan jugak kenapa beliau bertindak sebegini. Ada teori yang mengatakan beliau tak suka orang lebih dari beliau, ada yang kata beliau malas nak terima komplen masalah kekurangan tenaga kerja atau bebanan menanggung tugas pekerja yang cuti belajar. Tapi ramai yang kata dia rasa dia ada kuasa, so dia boleh buat apa dia suka. Kalau pihak yang terlibat adalah clique dia, maka dia akan permudahkan. Tapi kalau yang jenis tak boleh berlaga angin (meminjam istilah orang kelantan) yang memohon maka belaiu akan menyusah2kan dan keberatan utk membantu.Pengalaman bob sendiri tak dapat gaji selama 3 bulan pasal beliau tak setuju bob sambung belajar. Recomendation yang ditulis beliau kepada pihak atasan bob adalah kursus yang bob ambik ni tak mendesak (waktu tu bob ditawarkan kursus Komunikasi dan dasar Awam FSSK) Bayangkan selama 3 bulan tanpa gaji, bagaimana bob nak hidup (ditambah dengan keluarga yang ada)

Jawapan2 bodoh sebegini menjadikan hasrat dan aspirasi kerajaan terbantut. Seharusnya sebagai pentadbir kita akan mencuba utk mencari pelbagai alternatif bagi memudahkan aspirasi dan objektif kerajaan tercapai. Bukan mencari pelbagai alasan atau dengan sengaja menggunakan kuasa yang ada utk tidak membantu atau menyokong.

Orang seperti beliau akan guna pendekatan "selagi tiada arahan yang membenarkan maka ianya adalah dilarang"

Bukankah lebih proaktif kalau kita gunakan pendekatan "selagi mana tiada larangan maka ia adalah dibenarkan" Bukankah dengan pendekatan sebegini objektif atau sasaran yang telah ditetapkan lebih mudah tercapai???

Adakah ini tipikal style seorang pentadbir wanita atau bob secara semberono membuat generalization???

Bukan apa bob ingatkan ianya berlaku di organisasi bob saja tapi bila bob belajar kat FUU ni pun bob rasa ia pun wujud juga. Hmmm entahlah... Tapi sebagaimana sejarah orang2 sebegini akan bob confront dia secara berdepan. Lantak pi laaa...

Tuesday, January 11, 2011

Polisi kurang cerdik FUU.

Apa rasionalnya Bahagian akademik FUU menghadkan bilangan pelajar seramai 20 orang untuk setiap subjek optional? Kenapa semester lepas subjek ITL dan undang-undang pelancongan boleh mencecah 40 orang lebih. Tiada sebarang masalah pun. Yang lebih menghairankan adalah kenapa ada subjek yang boleh melebihi kuota??

Adakah polisi kuota 20 orang pelajar ini juga meliputi kursus optional lain2 fakulti adau FUU sahaja??

Siapakan yang mencetuskan idea kurang bijak ni? Bukan ker pelajar seharusnya bebas untuk memilih subjek optional kesukaannya? Habis tu kalau pelajar tersebut gagal utk memilih subjek kesukaannya kerana dah mencapai kuota, subjek pilihan apa yang perlu diambilnya. Bagaimana kalau subjek yang tinggal adalah subjek yang kita tak minat atau suatu subjek yang heavy? Perlu ker kita ambil? Kalau tak ambil semester ni kita kena ambil semester depan. Bukan ker ini mengganggu perancangan kita?? Kalau ambil pulak, dibimbangi keputusan boleh melingkup...

Tiada masalah kalau FUU ingin tetapkan kuota. Mungkin rasionalnya untuk tidak membebankan pensyarah. Namun sekiranya pensyarah subjek yang terlibat tiada masalah untuk menerima lebih pelajar, kenapa perlu dihalang?

Ironinya, kalau bersyarah dan menanda kertas jawapan adalah suatu bebanan, apa perlunya menjadi seorang pensyarah?

Yang lebih menghairankan adalah kenapa polisi ini tak dibawa berbincang dengan para pelajar? Bukan ker ia melibatkan kepentingan pelajar? Zaman pemimpin tahu segala-galanya dah berakhir. Zaman 'aku ada kuasa' dah berlalu.

Pokoknya, perlaksanaan polisi ini harus ditangguhkan dan satu sesi perbincangan dengan para pelajar perlu dibuat utk mencari jalan penyelesaian. Polisi kurang cerdik ini harus dipertimbangkan semula dengan kadar segera!