Hari ini, Sabtu dan esok berlangsungnya seminar Kewangan Islam di Dk1. Satu seminar yang hebat yang dikelolakan oleh lulusan Syariah.
Terperanjat bob melihatkan kemampuan seorang lulusan syariah menggembling minda dan ilmunya bagi membangunkan ekonomi Islam. Beliau (En. Fadli) telah keluar dari kepompong cliche seorang lulusan syariah. Pada pendapat bob, peranan sebeginilah yang patut dimainkan oleh agamawan Islam.
Ingin sahaja bob menguar-uarkan agar setiap pelajar FPI hadir dalam seminar sebegini. Lihatlah peranan yang boleh mereka mainkan dalam membangunkan ummah. Bukan setakat beretorik, menghukum iman dan kafirnya orang lain sebagaimana yang berlaku kepada lulusan agama kita pada hari ini.
Penceramah telah membebaskan dirinya dari pakaian jumud seorang agamawan.Tanpa perlu gelaran ustaz, beliau adalah pejuang Islam yang lebih tulus dan besar baktinya kepada dunia Islam. Pendekatan beliau dalam kerjayanya membenarkan dalil yang mengatakan Islam itu mudah dan indah.
Tanpa perlu berkopiah dan berjanggut, kerja2 Islamnya lebih membawa banyak manfaat daripada agamawan yang terlalu obses dalam politik. Agamawan sebeginilah yang akan memartabatkan kedudukan Islam di muka bumi ini, bukannya yang dok sibuk berceramah di masjid2 dan di surau. Tapi ini seringkali tidak disedari oleh mereka yang merasakan diri mereka pejuang Islam.
Minda2 jumud 'pejuang' Islam ini merasakan mereka hebat dengan melabelkan orang lain tidak islam. Dengan penampilan berkopiah dan menghafal beberapa kerat ayat quran dan hadis, mereka merasakan diri mereka benteng kepada kekuatan ummah. mereka inilah yang sering merasakan 'hollier than thou". Namun ilmu yang mereka miliki tadak membawa sebarang manfaat kepada ummah selain menimbulkan bibit kebencian dan perpecahan.
Dan bob sangat yakin, golongan 'pejuang' Islam sebeginilah yang telah meruntuhkan empayar Uthmaniah. Golongan agamawan sebeginilah yang menjadikan Islam lemah,mundur dan jumud. Islam seharusnya menguasai dunia, tetapi kenapa sampai hari ini kita masih lagi terkebelakang dan mundur.
Kita perlu melahirkan lebih ramai lagi agamawan seperti En. Fadli bagi mengangkat kembali maruah Islam. Agamawan seperti beliau inilah yang menjadikan Islam maju dan progresif.Idea dan ijtihad beliau menjadikan sistem ekonomi dan muamalat Islam diterima diseluruh dunia. Hatta pihak barat sekarang ini berlumba2 untuk belajar sistem muamalat Islam.
Inilah satu bentuk dakwah yang mulia dan bijaksana. Adanya agamawan seperti beliau inilah yang menjadikan orang bukan Islam mengakui akan indahnya Islam dan sistemnya.
Dan inilah Islam yang bob impikan.....
Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
11 months ago