Thursday, January 28, 2010

Pasca PRK

Ketika bob menulis blog ini jam menunjukkan 3.35 pagi. Badan terasa letih setelah menantikan keputusan PRK yang terlalu lewat. Tahniah bob ucapkan kepada yang menang dan juga mereka yang tewas. Apa yang memeranjatkan bob terdapat seorang calon yang merupakan tokoh gerakan pelajar yang popular diluar lingkungan UKM telah tewas. Seorang tokoh gerakan pelajar yang begitu hebat dilapangan umum dan tidak sedikit namanya terpampang di dada akhbar elektronik. Namun beliau ditolak oleh rakannya sendiri di kampus. Sungguh ironik sekali. Apa pun bagi seorang pejuang seperti beliau tiada istilah tewas dalam kamus hidupnya walaupun hasratnya untuk menjadi pemimpin pelajar secara sah dan halal diperingkat universiti tidak tercapai. Mungkin nasib politiknya lebih cemerlang di luar.

Apa yang menarik untuk di ulas adalah suasana pasca keputusan PRK. Gegak gempita sorakan dua2 kumpulan politik bila calon mereka menang. Namun adat pertandingan, yang tewas pasti berasa sangat kecewa dan tidak berpuashati. Itu lumrah. Namun bila satu kumpulan merasakan mereka tewas kerana berlaku penipuan, rasa tidak puashati itu diletuskan dengan perarakan mereka ke dewan pengiraan undi.

Bob tidak pasti samada tuduhan mereka berasas ataupun mereka tidak mampu menerima hakikat mereka telah kalah. Namun sekiranya benar, apakah motif kejadian itu?? Seharusnya PRK adalah satu peristiwa yang memanifestasikan suburnya budaya demokrasi di kampus. Pilihanraya seharusnya menjadi medan mana2 politikus kampus untuk bertarung secara sihat dalam amalan demokrasi. Ianya seharusnya menjadi wasilah bagi melahirkan pimpinan kampus. dan seharusnya perjalanan PRK mesti telus dan terpercaya.

Apa masalahnya kalau kita menerima keputusan PRK?? Samada Aspirasi atau GM, mereka masih lagi pelajar UKM. Menangnya mereka selayaknya diraikan kerana mereka adalah suara mahasiswa teramai.

Sekiranya benarlah dakwaan mereka, pihak pengurusan seharusnya mengambil langkah segera samada melakukan kiraan semula atau dalam keadaan yang lebih ekstrem mengadakan semula PRK, walaupun itu bukan pilihan bob.

Namun seandainya dakwaan itu timbul akibat dari perasaan tidak mampu menerima kekalahan, bob menyarankan agar mereka semua memakai lampin ke kuliah. namun disebalik kejadian ini, bob sekali lagi ingin mengingatkan kawan2 semua bahawa dalam realiti kehidupan tidak ada istilah yang dinamakan ideal. Sekiranya kita ingin terus bersikap idealis, nescaya kita akan terus terperangkap didalam kepompong dunia khayalan kita sendiri.

Oleh yang demikian, bukalah mata kita luas-luas. Belajarlah erti kehidupan.

No comments:

Post a Comment