Sunday, June 7, 2009

minggu nasi minyak..

Dah lama bob tak update blog ni. sibuk sangat sampai takder masa.nak baca blog lain pun tak sempat.

Minggu cuti sekolah ni memang banyak majlis kerja kahwin. satu hari sampai 4 jemputan, itu hari sabtu.hari ahad 3 jemputan.

rasa nak muntah makan nasi minyak selalu. pastu kena bayar "saman" kalau satu jemputan RM 10, kalau tujuh rumah seminggu dah berapa??

hehehehe apa nak buat....

minggu depan bob last buat attachment. abis tu nak relax kat umah.nak bawak anak2 jalan-jalan pulak.

awal bulan 7, dah start kuliah balik.

dengar citer result kuar 11 hb ni. apa lah result nanti...

mudah2an semuanya ok...

Thursday, May 7, 2009

i am in my office.

hmmm dah berapa hari cuti ari ni baru bob datang ofis. saja jer jalan2.insya allah hari isnin ni bob akan start attachment.

rasa best giler balik rumah.main ngan anak2.makan masakan wife...

pastu jalan2. hmmm

dunia ini ana yang empunya.

Thursday, April 30, 2009

berkemas.........

nak balik memang best. tapi nak berkemas alahaiiiiii
macam rasa nak panggil orang rumah datang sini tolong.Buku ada 2 kotak. bob plan mana2 buku yang bob fotostat, bob nak jual ngan junior.


tapi yang copy hard cover bob nak simpanlah. buku consti sem depan bob kena pakai balik.
maklumlah kena ambik balik paper kantoi tu..

baju kotor bob dah hantar dobi. esok ambik dah siap berlipat dan dalam plastik.terus masuk dalam bonet kete jer..

pinggan mangkuk belum kemas lagi..
baju dalam almari tak lipat lagi..
printer,iron jug letrik....hmmmm banyak benda lagi yang tak settle.

hmmmm kalau lah ada sesaper yang nak volunteer tolong bob berkemas kan bagus...

'bergumbira'..........

hari ni bob, azwan , Jr dan Ooi wei long pergi berkelah....
picnic kata omputih..

kitorang pegi Sungai Congkak kat Hulu Langat.

best woo berendam dalam sungai yang airnya mengalir jernih dan sejuk..

nak lepaskan tension...

kalau bob ada hp canggih tentu banyak gambar2 kontoversi bob boleh upload kat sini..

balik dr mandi sungai kitorang pergi mandi air panas pulak. kat hulu langat jugak...

sesekali ber'gumbira' best jugak,,,

tak sabar rasanya nak balik sabtu ni..

Sunday, April 26, 2009

Babi oh Babi!!!!!!!

Oklah. bob tak nak cakap pasal exam. tapi topik ni bob tulis benda yang ada kaitan ngan babi.

dalam Islam memang telah diharamkan babi.Najis Mughallazah. Tapi manusia masih terus berdegil, tetap ingin memakannya.

Takperlah, kita tak boleh lakukan pemaksaan ke atas orang lain.

Namun kali ini babi betul2 memberikan akibat yang buruk pada manusia.
Dilaporkan Mexico kini telah diserang selsema BABI....

hahahaaha kelakarkan, selalu kita dengar selsema burung. la ni selsema babi pulak yang melanda.

bob tak dapat bayangkan bagaimana babi selsema. mesti muncungnya itu kembang kuncup tahan bersin.

Apa pun Kerajaan malaysia sedang bersiap sedia untuk menangani wabak ni. pintu keluar masuk negara sudah dikawal ketat.

mudah2an malaysia terselamatlah dari wabak selsema BABI ni...

berlalu sudah...

akhirnya paper MLS dah berlalu....
selesai satu lagi masalah..

bob tengok tadi masing2 ceria. maklumlah soalan 4 tu memang dah korang spot, ditambah pula dibekalikan dengan Child Act 2001. semakin tersenyum lebarlah korang.

tadi kat dalam dewan bob perasan ada yang tangan kanan menulis tangan kiri angkat minta tambah kertas jawapan. idea mencurah2.

sok Titas pulak....

kena hati2 ok. walaupun soalan objektif, tapi setiap jawapan yang salah akan ditolak markah..

Tapi subjek the day after tomorrow tu pening woooo...
dah lah waktu pagi...

ahhh redah jerlah...

Saturday, April 25, 2009

Apa tips?????

Sampai hari ni bob tak tahu nak baca bab apa MLS.
kalau court, dia akan bagi AMR dan AMK.

ada sesiapa boleh suggest nak concentrate bab apa??