Wednesday, June 5, 2013

Berhijrah.

Alhamdulillah, akhirnya bob dapat tawaran bekerja di Jabatan Peguam Negara (AGC). Mulai 1 Mac 2013 bermulalah karier bob sebagai Pegawai Undang-Undang. Pertama kali ditempatkan di Bahagian Gubalan (drafting), bob rasa terkesima dengan pengalaman dunia baru. Ternyata bahagian gubalan sangat istimewa dek kerana cabarannya begitu unik dan tersendiri. Berbanding dengan bahagian lain seperti Penasihat (advisory) dan Penyelidikan(research), Gubalan menawarkan pengalaman yang tak boleh ditemui di dunia kepeguaman di luar sana. Sebesar mana firma guaman di luar sana, namun mereka tak akan sesekali berpeluang untuk menggubal undang-undang. Ianya eksklusif di bahagian gubalan sahaja. Yang lucunya, isteri bob ingatkan bahawa GUBALAN itu nama seorang India!!!

Walaupun hati ini rasa seronok bila ditawarkan jawatan di AGC, namun dalam pada masa yang sama bob terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak-anak sekali lagi. Terpaksa menyewa rumah di Bangi. Tetapi yang pastinya dalam hidup kita, hendak tak hendak kita kena berhijrah. Ini sunah nabi. Hijrah kepada yang lebih baik. Dan bob yakin penghijrahan ini banyak hikmahnya.