Thursday, May 7, 2009

i am in my office.

hmmm dah berapa hari cuti ari ni baru bob datang ofis. saja jer jalan2.insya allah hari isnin ni bob akan start attachment.

rasa best giler balik rumah.main ngan anak2.makan masakan wife...

pastu jalan2. hmmm

dunia ini ana yang empunya.

Thursday, April 30, 2009

berkemas.........

nak balik memang best. tapi nak berkemas alahaiiiiii
macam rasa nak panggil orang rumah datang sini tolong.Buku ada 2 kotak. bob plan mana2 buku yang bob fotostat, bob nak jual ngan junior.


tapi yang copy hard cover bob nak simpanlah. buku consti sem depan bob kena pakai balik.
maklumlah kena ambik balik paper kantoi tu..

baju kotor bob dah hantar dobi. esok ambik dah siap berlipat dan dalam plastik.terus masuk dalam bonet kete jer..

pinggan mangkuk belum kemas lagi..
baju dalam almari tak lipat lagi..
printer,iron jug letrik....hmmmm banyak benda lagi yang tak settle.

hmmmm kalau lah ada sesaper yang nak volunteer tolong bob berkemas kan bagus...

'bergumbira'..........

hari ni bob, azwan , Jr dan Ooi wei long pergi berkelah....
picnic kata omputih..

kitorang pegi Sungai Congkak kat Hulu Langat.

best woo berendam dalam sungai yang airnya mengalir jernih dan sejuk..

nak lepaskan tension...

kalau bob ada hp canggih tentu banyak gambar2 kontoversi bob boleh upload kat sini..

balik dr mandi sungai kitorang pergi mandi air panas pulak. kat hulu langat jugak...

sesekali ber'gumbira' best jugak,,,

tak sabar rasanya nak balik sabtu ni..

Sunday, April 26, 2009

Babi oh Babi!!!!!!!

Oklah. bob tak nak cakap pasal exam. tapi topik ni bob tulis benda yang ada kaitan ngan babi.

dalam Islam memang telah diharamkan babi.Najis Mughallazah. Tapi manusia masih terus berdegil, tetap ingin memakannya.

Takperlah, kita tak boleh lakukan pemaksaan ke atas orang lain.

Namun kali ini babi betul2 memberikan akibat yang buruk pada manusia.
Dilaporkan Mexico kini telah diserang selsema BABI....

hahahaaha kelakarkan, selalu kita dengar selsema burung. la ni selsema babi pulak yang melanda.

bob tak dapat bayangkan bagaimana babi selsema. mesti muncungnya itu kembang kuncup tahan bersin.

Apa pun Kerajaan malaysia sedang bersiap sedia untuk menangani wabak ni. pintu keluar masuk negara sudah dikawal ketat.

mudah2an malaysia terselamatlah dari wabak selsema BABI ni...

berlalu sudah...

akhirnya paper MLS dah berlalu....
selesai satu lagi masalah..

bob tengok tadi masing2 ceria. maklumlah soalan 4 tu memang dah korang spot, ditambah pula dibekalikan dengan Child Act 2001. semakin tersenyum lebarlah korang.

tadi kat dalam dewan bob perasan ada yang tangan kanan menulis tangan kiri angkat minta tambah kertas jawapan. idea mencurah2.

sok Titas pulak....

kena hati2 ok. walaupun soalan objektif, tapi setiap jawapan yang salah akan ditolak markah..

Tapi subjek the day after tomorrow tu pening woooo...
dah lah waktu pagi...

ahhh redah jerlah...

Saturday, April 25, 2009

Apa tips?????

Sampai hari ni bob tak tahu nak baca bab apa MLS.
kalau court, dia akan bagi AMR dan AMK.

ada sesiapa boleh suggest nak concentrate bab apa??

Friday, April 24, 2009

Benarkah?????????

Bob baru saja terbaca satu artikel.

artikel tu kata lelaki tak pandai mengungkapkan penghargaan ngan kata2...wpun tau itu yg pompuan suka.

Benarkah pompuan suka dihargai dengan kata2 ????

bukan apa bob jarang puji masakan isteri bob. namun bila masakannya sedap bob akan tambah banyak kali.

sampai dia tanya sedap tak dia masak.
baru bob jawab sedap.

pastu dia kata susah nak puji...

pada bob pulak, bila bob makan bertambah itu sebenarnya penghargaan pada masakan isteri bob.

bob rasa bila puji ni rasa macam skrip drama arahan yusof haslam plak...
tak real..

pada bob kadang2 perbuatan tu boleh memberikan seribu makna berbanding kata..

mungkin bob terikut dengan style arwah ayah bob agaknya. dia meninggal masa umur bob 11 tahun.
dia tak pernah kata dia sayang kat bob.

tapi bob tahu dia sayang sangat kat bob.pasal kadang2 bila bob tidur, bob selalu terasa dia cium dahi bob.

tanpa dia luahkan perkataan sekalipun bob tahu kasih sayang dia kat bob membawa ke mati..

hmmmmm i really miss my father sooooooooooooooooooooo much...
tiba2 terasa sebak didada...